Kementerian Kesihatan melaporkan 18,762 kes baharu Covid-19 dan 278 kematian, manakala 21,073 pesakit sembuh dalam tempoh 24 jam lalu. Ini menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,765,016 kes setakat ini, dengan 1,482,800 daripadanya kes pulih dan 16,942 kematian.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat 265,274 kes aktif, dengan 464 daripada 1,007 pesakit di Unit Rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan. Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,711 kes.
Ia diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585), Kelantan (1,504), Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Putrajaya (34), Perlis (33) dan Labuan (3). Jumlah kes harian di Kelantan adalah rekod tertinggi negeri itu setakat ini.






















