Covid-19 kes baru 17,352

Sebanyak 17,352 kes baru Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah terkumpul 1,862,187 kes, maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Kes baru di Lembah Klang terus mencatatkan penurunan walaupun jangkitan di negeri lain membimbangkan. Selangor merekodkan 2,126 kes baru manakala Kuala Lumpur 398 kes. Sarawak terus merekodkan kes harian melangkaui 3,000 kes dengan 3,714 kes hari ini.

Ia turun sedikit berbanding semalam yang mencatatkan rekod kes harian dengan 3,747 jangkitan. Terdahulu, kes harian tertinggi di negeri itu dicatatkan pada 2 September lalu dengan 2,992 jangkitan.

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

  • Sarawak – 3,714 (134,612)
  • Selangor – 2,126 (625,179)
  • Johor – 2,101 (151,459)
  • Sabah – 1,844 (161,265)
  • Kedah – 1,599 (109,067)
  • Pulau Pinang – 1,558 (96,656)
  • Kelantan – 1,213 (85,358)
  • Perak – 1,082 (74,960)
  • Terengganu – 700 (37,683)
  • Pahang – 463 (47,365)
  • Kuala Lumpur – 398 (176,989)
  • Melaka – 295 (50,765)
  • Negeri Sembilan – 193 (93,042)
  • Perlis – 38 (2,372)
  • Putrajaya – 23 (5,576)
  • Labuan – 5 (9,839)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here