Tempahan hotel di Langkawi meningkat kepada 20%, susulan pengumuman Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang membuka semula pulau itu kepada pelancong.
Pengerusi Persatuan Hotel Kedah dan Perlis Eugene Dass, berkata tempahan itu dijangka bertambah berikutan pulau terbabit semakin hampir untuk mencapai imuniti kelompok.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Nancy Shukri sebelum ini mengumumkan pembukaan pulau percutian terkenal itu kepada pelancong yang telah lengkap dua dos vaksin bermula 16 September.
Dass berkata, kebanyakan hotel menambah nilai terhadap pakej-pakej pelancongan mereka tanpa melakukan penurunan harga yang terlalu banyak.



















