Istana Pahang menarik balik gelaran Datuk Pengerusi MyWatch

KUANTAN: Gelaran Datuk yang dianugerahkan oleh Istana Pahang kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan ditarik balik serta-merta. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Sallehuddin Ishak dalam kenyataan hari ini.

Penama tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, selaras dengan undang-undang Darjah-darjah dan Bintang-bintang negeri Pahang. Menurut kenyataan itu, penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang yang dianugerahkan kepada Sanjeevan itu berkuat kuasa 24 Ogos lalu.

Selain mengetuai MyWatch, Sanjeevan adalah Ketua Pemuda Negara Negeri Sembilan, iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here