Covid-19 kematian 422

Kementerian Kesihatan melaporkan sejumlah 422 kes kematian Covid-19, semalam. Menurut data GitHub kementerian, ia termasuk lima yang meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari semalam.

Manakala yang lain pula adalah kes tertunggak yang tidak dilaporkan sebelum ini.Daripada jumlah itu, 92 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Jumlah kematian kini dilaporkan sebanyak 22,009 dan kes tertinggi direkodkan adalah di Selangor 9116), diikuti Kedah (79) dan Sabah (71). Semua negeri lain turut mencatatkan kes kematian kecuali Perlis, Putrajaya dan Labuan.

Semalam, 225,590 kes aktif Covid-19 direkodkan, termasuk 1,280 di unit rawatan rapi (ICU) di mana 638 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 18,760 kes sembuh direkodkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here