114.97 juta sudah dijangkiti, 2.54 juta mati

Virus maut Covid-19 terus berjaga dan tidak pernah tidur. Ia terus mencari mangsa setiap detik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 114.97  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah lebih 2.54  juta manakala lebih 90 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi  Isnin  menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 114,978,254 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 29  juta kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 527,157  kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti India sebanyak  lebih 11.12 juta kes dengan  157, 257  kematian, manakala Brazil lebih 10.58  juta kes dengan lebih 255,000 kematian.

United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis dan Sepanyol melebihi tiga juta.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 122,953  dan 97, 945  kematian.

Lima buah negara yang merekodkan lebih daripada dua juta jangkitan ialah Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here