Kementerian Kesihatan semalam melaporkan 324 kes kematian baharu, menurut data dikeluarkan GitHub.
Daripada jumlah itu, 70 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah kematian direkodkan kini mencecah angka 23,067.
Kebanyakkan kes kematian dilaporkan di Selangor (146), diikuti Johor (54), Pulau Pinang (25), Kedah (24), Perak (15), Sabah (13), Kelantan (12) dan Sarawak (11). Semua negeri kecuali Perlis, Terengganu, Labuan dan Putrajaya turut merekodkan kes kematian.
Sehingga semalam, terdapat 219,359 kes aktif Covid-19 dilaporkan, termasuk 1,165 membabitkan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 690 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 17,205 kes sembuh dilaporkan.