PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya telah membatalkan Kempen Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020) akibat wabak Covid-19.
Datuk Seri Nancy Shukri membatalkan kempen ini disebabkan impak Covid-19 yang telah menjejaskan sektor pelancongan tempatan dan juga antarabangsa.
Ini diamalkan secara serta-merta. Beliau juga membekukan perkhidmatan di kaunter dan juga dalam talian di bawah Kementerian Pelancongan.
“Kementerian khuatir akan pejabat di bawah sekotor ini yang merangkumi pemberian lesen kepada pemandu pelancong, institusi latihan pelancongan, pendaftaran premis penginapan pelancongan, pusat spa dan pusat urut”, kata Nancy.
Sejajar dengan pengumuman yang dibuat Oleh Majlis Keselamatan Negara mengenai perintah kawalan pergerakan semua tempat penginapan pelancongan hanya dobenarkan untuk beroperasi pada tahap minimum selama dua minggu ssehingga 31 Mac.
Beliau mengesakan orang ramai untuk mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan untuk kesejahteraan semua orang.