Kehidupan baharu buat Paner Selvam

Penderitaan lima sekeluarga menginap dalam bilik kecil yang reput di dalam rumah kampung di Jalan Utama di sini, bakal berakhir tidak lama lagi selepas ditawarkan satu unit flat kerajaan di Rifle Range Flats di Air Itam.

Bulan lalu, media pulau pinang melaporkan kisah penderitaan pengawal keselamatan, Paner Selvam Subramaniam dan isterinya Kogilavani Suppan serta tiga anak mereka, tidak mampu membayar sewa berikutan pendapatan mereka yang rendah.

Baru-baru ini, keluarga itu bersama lagi 30 penghuni yang lain terpaksa menjalani kuarantin susulan terdapat kes positif Covid-19 membabitkan penyewa di situ menyebabkan Paner kehilangan lebih daripada separuh dari gajinya yang berjumlah RM1,400.

Walaupun kerajaan Pulau Pinang menawarkan unit itu dengan harga RM90 sebulan, Paner tidak mampu membayar sewa pendahuluan, sewa bulan pertama dan deposit utiliti selama dua bulan.

Namun rezeki berpihak kepadanya, apabila seorang ahli perniagaan R Ravi, yang juga pembaca FMT, menyelamatkannya dengan membayar RM370 yang diperlukan untuk mendapatkan kunci pada 19 Disember. Ravi juga membelikan barang runcit untuk keluarga itu.

Penderitaan Paner sekeluarga sejak dua tahun lalu mendiami bilik yang cuma sebesar katil bersaiz “Queen” itu bakal berakhir kerana akan mula tinggal di flat baharu mereka mulai 4 Jan.

Ketika ditemui di Komtar baru-baru ini, jelas terpancar kegembiraan di wajah Paner dan Kogilavani yang teruja untuk memulakan kehidupan baharu. Mereka membawa bersama tiga anak mereka ke pejabat kerajaan negeri dengan menaiki motosikal lama mereka.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sumbangan kepada kami, dan kerajaan Pulau Pinang kerana menawarkan flat ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here