334 kes kematian Covid-19 semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 334 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan di GitHub.

Daripada jumlah itu, 84 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah 24,078 orang.

Kes kematian paling tinggi semalam dilaporkan di Selangor dengan 187 kes, diikuti Johor (37), Kelantan (20), Kuala Lumpur (18), Sabah (14), Perak (12), Sarawak (10), Kedah (lapan), Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing tujuh kes, Terengganu (enam), Negeri Sembilan (lima), dan Melaka (tiga).Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 206,473 kes aktif Covid-19 direkodkan termasuk 1,116 di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 635 memerlukan bantuan pernafasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here