Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 228 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.Daripada jumlah itu, 36 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 25,159.
Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 75 kes, diikuti Johor (56), Sabah (19), Kelantan (18), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (9), Pulau Pinang (8), Terengganu (4), Melaka (4), Pahang (3) dan Kuala Lumpur (3).
Tiada kematian dilaporkan di Perlis, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya. Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 191,434 kes aktif direkodkan termasuk 1,070 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 598 memerlukan bantuan pernafasan.