Covid-19 kematian 208

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 208 kes kematian Covid-19 semalam, menurut perangkaan dikeluarkan GitHub. Daripada jumlah terbabit, 64 kes diklasifikasi sebagai kematian di luar hospital (BID) dan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 26,143.

Selangor mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu 76 kes, diikuti Johor dan Pulau Pinang (masing-masing 30), Sabah (22), Perak (lapan), Terengganu (tujuh) dan Kuala Lumpur, Perlis serta Pahang (masing-masing empat). Tiada kes kematian direkodkan di Melaka, Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 169,718 kes aktif dilaporkan termasuk 978 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 565 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Sebanyak 17,000 kes sembuh dilaporkan. Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini mencecah 2,232,960.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here