8,075 kes baru, terendah dalam hampir 3 bulan

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 8,075 kes Covid-19 baru dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah jangkitan setakat ini sebanyak 2,285,640 kes. Jangkitan baru hari ini adalah yang paling rendah dalam tempoh 87 hari, iaitu sejak 7 Julai lalu.

Malaysia Barat merangkumi 6,207 kes baru atau 76.9 peratus manakala Malaysia Timur dengan 1,868 kes atau 23.1 peratus. Dua negeri mencatatkan kes baru lebih seribu iaitu Sarawak (1,189) dan Kelantan (1,020).

Berikut pecahan kes baru mengikut negeri: Sarawak – 1,189,Kelantan – 1,020,Penang – 853,Johor – 781,Selangor – 686,Sabah – 677,Terengganu – 636,Kedah – 628,Perak – 548,Pahang – 522,Malacca – 219,  Kuala Lumpur – 151,Negri Sembilan – 108,Putrajaya – 19,Perlis – 36, Labuan – 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here