Wanita ditemukan mati dengan kesan kelar – Polis

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Asmadi Borhan berkata mangsa berumur dalam lingkungan 50-an dijumpai oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada anggota unit pasukan peronda (MPV) yang bertugas di sekitar kawasan terbabit pada 10.30 malam.

 

“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar pada badan mangsa yang ditemukan terbaring berlumuran darah dan terdapat sebuah kereta jenis Toyota Camry dipercayai milik mangsa dijumpai berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here