Mahkamah membenarkan pasport Rosmah dikembalikan sementara waktu ke Singapura

Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anak perempuannya yang dijangka melahirkan anak kedua dalam tempoh dua minggu lagi. Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Rosmah, 69, yang kini sedang membela diri bagi pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar yang dihadapinya dengan syarat pasport itu perlu dikembalikan sebelum atau pada 6 Dis 2021.

Anak perempuan Rosmah mempunyai sejarah komplikasi berisiko tinggi sewaktu bersalin yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawanya, jadi kami memohon untuk pasport pemohon dilepaskan sementara, kata peguam itu. Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam tidak membantah permohonan itu selagi ia tidak mengganggu tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan. Pihak pembelaan mesti mematuhi garis masa yang dipersetujui kerana kami tidak mahu perbicaraan ditangguhkan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here