Jangan main isu agama – Polis

Kota Kinabalu, Okt 19.
Polis menasihatkan pengguna media sosial tidak menimbulkan isu keagamaan yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata pihak berkuasa memandang serius penghinaan terhadap agama yang disebarkan melalui media massa.

“Polis menasihatkan mana-mana pihak agar tidak membangkitkan isu keagamaan, sekiranya tidak mahir dan arif terhadap isu ini lebih-lebih lagi sekiranya agama itu bukan anutannya.

“Kita akan menjalankan siasatan terperinci berkaitan perkara ini. Saya berharap masyarakat tidak mengambil sebarang tindakan yang boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih keruh,” katanya di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here