Parti baharu, kebebasan di negara demokrasi – PM

Bera: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan penubuhan parti politik baharu yang dipimpin pemimpin veteran sebagai sesuatu yang unik di sebuah negara demokrasi.

Ahli Parlimen Bera itu menyifatkan penubuhan Parti Kuasa Rakyat atau Kuasa oleh abangnya, Kamarazaman Yaakob bukanlah perkara baru di negara ini.

Saya percaya ini adalah sesuatu yang unik dan kelebihan di negara ini dengan amalan demokrasi. Ini terserah kepadanya, justeru kami mempunyai satu keluarga yang mempunyai parti politik dan kepercayaan berbeza.

“Tidak ada masalah dalam keluarga kami dan kita harus matang mengenai isu ini,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai penubuhan Parti Kuasa Rakyat itu, hari ini.

Kamarazaman yang juga aktivis veteran, mengatakan partinya yang baru dilancarkan tidak akan menentang Umno, tetapi sebaliknya mesra Barisan Nasional.

Beliau berkata, parti itu tidak didorong atau diatur sesiapa, sebaliknya dibentuk bersama rakannya dalam memperjuangkan hak rakyat miskin di negara ini.

Katanya, parti itu membuat keputusan untuk menjadi parti mesra kerajaan kerana apa yang ingin diperjuangkan tidak mampu terlaksana jika parti itu tidak mesra dengan kerajaan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here