31 laluan di NPE, BESRAYA dilencong Ahad ini

Kuala Lumpur, Julai-
Sebanyak 31 laluan di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) akan ditutup dan dilencongkan sempena acara IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025, Ahad ini.

Acara yang dijangka disertai lebih 13,000 pelari dari seluruh negara, akan bermula dan tamat di hadapan pusat beli belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya, dengan pelari dilepaskan bermula jam 4 pagi.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata penganjuran acara itu membabitkan penggunaan penuh jajaran NPE dan BESRAYA bagi kategori maraton penuh 42.195 kilometer (km).

“Laluan kategori lain seperti 21km, 10km dan lima km hanya menggunakan sebahagian lebuh raya berkenaan, khususnya sekitar Subang Jaya dan Kuchai Lama.”Penutupan dan lencongan laluan dilakukan secara berperingkat oleh petugas trafik bermula awal pagi dan dijangka tamat sebelum jam 11 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, katanya orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas trafik di lokasi sepanjang tempoh acara berlangsung.

Berikut ialah laluan yang akan ditutup atau dilencongkan:

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA):

1. Kuchai Lama (KM11.5 arah selatan), 2. Pusingan U ke Nirvana (KM11.5 arah utara), 3. Shell BESRAYA ke Sungai Besi (KM13.7 arah selatan), 4. Taman Salak Jaya ke Sungai Besi (KM14.4 arah selatan), 5. Salak Selatan ke Sungai Besi (KM14.8 arah selatan), 6. Pusingan U KM15.2 arah selatan ke Razak City, 7.Pusingan U KM15.6 arah utara (Median), 8. Plaza Tol Loke Yew ke Salak Selatan (KM16.0 arah selatan),9. Pusat Bandar ke Plaza Tol Loke Yew (KM50.4 arah selatan), 10. Jalan Istana ke Plaza Tol Loke Yew (KM52.0 arah timur), 11. Plaza Tol Loke Yew ke Jalan Istana (KM52.0 arah timur),12. Jalan Loke Yew ke Plaza Tol Loke Yew (KM19.4 arah barat), 13. Jalan Cheras ke Plaza Tol Loke Yew (KM19.4 arah barat), 14. Plaza Tol Loke Yew ke Jalan Cheras (KM19.4 arah timur),15. Plaza Tol Loke Yew ke Pandan Indah (KM P0.04), 16. Pandan Indah ke Plaza Tol Loke Yew (KM P0.04),17. Plaza Tol Loke Yew ke Jalan Pandan 1 (KM21.2),18. Plaza Tol Loke Yew ke Maluri (KM21.2), 19. Pandan 1 ke Plaza Tol Loke Yew (KM21.2),20. Persiaran Pandan ke Plaza Tol Loke Yew (KM21.2), 21. Plaza Tol Loke Yew ke MRR2 (KM21.8),22. MRR2 ke Plaza Tol Loke Yew (KM21.8),

Lebuhraya Baru Pantai (NPE):

1. Susur Kampung Pasir (masuk ke NPE),2. Susur Kampung Pasir (keluar dari NPE),
3. Susur dari NPE ke Pantai Sentral Park, 4. Susur dari Pantai Sentral Park ke NPE,5. Lebuhraya NPE / susur Pantai Sentral / susur Pantai Dalam, 6. Simpang Kuchai Maju / Lebuhraya NPE, 7. Lebuhraya NPE / Susur Kuchai Lama / Sungai Besi (KM16.9), 8. Lebuhraya NPE / Susur Kuchai Lama,9. U-turn Kuchai

Mohamed Usuf berkata, pihaknya bersama petugas trafik lebuh raya akan memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan peserta serta pengguna jalan raya sepanjang acara berlangsung,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here