Kanak-kanak 3 tahun jatuh dari jambatan dikhuatiri lemas

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari jambatan ke dalam Sungai Tawau di Kampung Jawa Lanut semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 2.45 petang.

Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Alif Amuddin dengan menyusuri sungai pada jarak dua kilometer radius pencarian dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Turut bersama dalam operasi mencari itu ialah pasukan polis serta penduduk kampung, menurut kenyataan itu. Kenyataan itu turut memaklumkan setakat petang semalam kanak-kanak berkenaan belum ditemui manakala operasi SAR ditangguh pada 6.05 petang dan akan bersambung hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here