Pelajar perempuan cedera dipercayai terjun bangunan sekolah

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima sebuah sekolah di Kulai cedera selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah itu, Selasa lepas. Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 1.26 tengah hari selepas pelajar berusia 17 tahun itu selesai menduduki peperiksaan. Beliau berkata, kejadian menyebabkan remaja berkenaan mengalami pendarahan di kepala dan muka, patah kedua-dua tangan serta mengalami pendarahan dalaman.

Pasukan penyiasat bersama sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai bergegas ke sekolah itu sejurus menerima panggilan telefon daripada seorang guru. Dipercayai selepas selesai menduduki peperiksaan, pelajar terbabit pergi ke bangunan yang menempatkan pelajar tingkatan empat lalu bertindak terjun dari koridor bangunan yang dianggarkan berketinggian 40m itu, katanya dalam kenyataan hari ini.

Tok berkata, pelajar terbabit dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here