Peniaga ketam dituduh hina Raja Perlis

Kangar, Apr.
Seorang peniaga ketam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap Raja Perlis di laman Facebook pada bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Hasbullah Mohammad, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet pada Selasa.

Berdasarkan pertuduhan, Hasbullah yang berasal dari Changlun didapati melalui Facebook menggunakan profil Muhammad Muhammad (ku tehh ku muhamnad) secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Raja Perlis dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Tertuduh didapati melakukan perbuatan itu pada 6 Mac lalu sekitar jam 3.26 pagi dan hanya disedari pengadu yang juga pelayar Facebook pada 7 pagi hari sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya sebanyak RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here