Covid-19 kes baru 4,854

Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan sebanyak 4,854 kes baru Covid-19 direkodkan, menjadikan kes terkumpul kini berjumlah 2,586,601. Kes baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 13 hari, sejak 8 Nov lalu.

Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas juga menurun sebanyak 2.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+29.2 peratus) dan Pahang (+14.6 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here