Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 6,144 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,608,979. Nilai kebolehjangkitan atau Rt-0 kebangsaan telah menurun kepada 0.99 semalam apabila jumlah kes baru adalah 5,755.
Walau bagaimanapun, masih terdapat 11 negeri dan wilayah persekutuan (Selangor, Sabah, Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Pahang, dan Perak) yang mempunyai Rt-0 lebih tinggi daripada 1.00. Bacaan Rt-0 lebih daripada 1.00 menunjukkan bahawa penularan Covid-19 semakin pantas.
Sejak 9 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow. Pecahan mengikut negeri untuk semalam (24 November) yang mencatatkan 5,755 kes adalah seperti berikut: Selangor (1,511), Sabah (622), Kelantan (590), Johor (486), Kuala Lumpur (400), Pahang (376), Kedah (358), Pulau Pinang (270), Terengganu (231), Perak (219), Negeri Sembilan (202), Sarawak (192), Melaka (191), Perlis (43), Putrajaya (37), Labuan (27).