3.61 juta pencarum pindah RM11.5 bilion ke Akaun Fleksibel

Kuala Lumpur, Julai-
Seramai 3.61 juta atau 27.8% daripada 13.01 juta keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel, dengan jumlah perpindahan RM11.52 bilion setakat 24 Jun 2024.

Dalam pada itu, RM5.12 bilion pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan, kata Kementerian Kewangan (MoF).“Seramai 3.16 juta ahli atau 24.3% daripada jumlah 13.01 juta keseluruhan ahli KWSP di bawah umur 55 tahun telah membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel melibatkan amaun pengeluaran sebanyak RM7.81 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan laman sesawang Parlimen.

MoF berkata, inisiatif berkenaan adalah langkah proaktif membantu rakyat menghadapi perubahan landskap pekerjaan, penuaan penduduk serta perubahan keperluan mengikut kitaran hayat ahli KWSP.Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang meminta status pembaharuan Akaun Fleksibel mulai 11 Mei kepada pencarum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here