Covid-19 kes baru 5,439

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 5,439 kes baru Covid-19. Kes kumulatif kini berjumlah 2,638,221. Jumlah kemasukan ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 9.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. Sejak Okt 9, Kementerian Kesihatan hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 30) di mana 4,879 kes baru dilaporkan adalah seperti berikut: Selangor – 1,097, Kelantan – 574, Johor – 494, Kedah – 412,   Sabah – 401,  Kuala Lumpur – 388, Pahang – 321, Pulau Pinang – 311, Perak – 210, Terengganu – 200, Negeri Sembilan – 148, Melaka – 139, Sarawak – 98, Perlis – 44 Putrajaya – 40, Labuan – 2.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here