Covid-19 (Dis 2): 5,806 kes baru

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 5,806 lagi kes baru Covid-19 dikesan, menjadikan jumlah kumulatif pademik itu kini 2,644,027. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang tertinggi dalam tempoh tujuh hari sejak Nov 25 lalu.

Jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menunjukkan penurunan sebanyak 10.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. Sejak Okt 9, KKM hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here