London: United Kingdom semalam, merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 78,610 kes Covid-19 lagi disahkan makmal. Angka harian berkenaan tertinggi pernah direkodkan sejak wabak itu melanda negara itu tahun lalu.
Kemunculan varian Omicron menyebabkan kes semakin meningkat. Ia mengatasi angka tertinggi kes harian sebelumnya iaitu 68,053, yang direkodkan pada Januari apabila varian Alpha merebak.




















