Polis cari pemandu kereta masuk laluan motosikal

Polis sedang mengesan pemandu kereta dipandu di laluan motosikal di KM29.5 Lebuhraya Persekutuan arah ke Shah Alam, selepas kejadian itu tular di media sosial, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata satu laporan berkaitan kejadian itu sudah pun dibuat dan perkara itu kini dalam siasatan polis.

Justeru, kita minta pemilik kenderaan atau pemandu kereta jenis PROTON Persona dengan nombor pendaftaran TAW 9338 atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan polis. Mereka boleh pergi ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Rozilah Hussin di talin 016-2679025 untuk membantu siasatan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk mematuhi arahan papan tanda dan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak berlaku kemalangan. Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 23 saat menunjukkan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu di laluan motosikal hingga menyusahkan penunggang motosikal yang menggunakan laluan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here