Lelaki rentung terperangkap dalam kebakaran rumah

Kuala Kangsar, Ogos-
Seorang lelaki ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumah di Jalan Kampung Baru Liman Kati di sini, awal pagi Khamis.

Mangsa berusia 36 tahun ditemui di bahagian dapur rumah berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar jam 1.10 pagi.

“Terdapat seorang lelaki terperangkap dalam kebakaran itu dan mangsa telah ditemui dalam keadaan rentung di ruangan dapur rumah,” katanya dalam kenyataan di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here