Kementerian Kesihatan melaporkan 2,589 kes baru Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah jangkitan terkumpul adalah sebanyak 2,721,544 kes. Jangkitan baru Covid-19 hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 231 hari sejak 3 Mei lalu.
Jumlah kemasukan ke hospital bagi pesakit Covid-19 dalam tempoh tujuh hari lalu menurun sebanyak 16.0 peratus berbanding minggu sebelumnya. Kementerian Kesihatan mengeluarkan statistik kes baru hari ini mengikut negeri selepas tengah malam ini di portal CovidNow.
Pecahan kes baru mengikut negeri bagi semalam (19 Dis), di mana 3,108 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut: Selangor (919), Johor (297), Kelantan (255), Pulau Pinang (216), Sabah (189), Perak (189), Kuala Lumpur (184), Melaka (179), Kedah (176), Terengganu (156), Pahang (150), Negeri Sembilan (122), Sarawak (30), Putrajaya (18), Perlis (16), Labuan (12).




















