Setiap sen peruntukan SJKT akan sampai tanpa ketirisan – Ramanan

Kuala Lumpur, Sep-
Peruntukan khas berjumlah RM30 juta bagi pembinaan, gantian dan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) akan digunakan sepenuhnya mengikut tujuan asal tanpa sebarang ketirisan atau salah guna kuasa.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan, berkata pendekatan libat urus bersama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan guru besar setiap sekolah yang terbabit diambil bagi memastikan setiap keperluan sebenar dapat dikenal pasti secara telus dan inklusif.

“Kita mahu memastikan bahawa setiap sen peruntukan RM30 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sampai kepada tujuan asal tanpa sebarang ketirisan, salah guna kuasa atau kelewatan akibat birokrasi yang tidak perlu,” katanya dalam hantaran di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Libat Urus bersama Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, hari ini.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, mesyuarat itu adalah kesinambungan daripada dua sesi terdahulu pada 29 Ogos dan 4 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here