Covid-19 kes baru 2,757

Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 2,757 kes baru Covid-19. Ini menjadikan kes kumulatif berjumlah 2,743,936. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tujuh hari, sejak 20 Disember.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula telah menurun sebanyak 16.1 peratus berbanding tujuh hari sebelum ini. Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan perincian kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (26 Disember) yang menyaksikan 2,778 kes baru adalah seperti berikut: Selangor (676), Johor (342), Kelantan (311), Pulau Pinang (247), Kedah (169), Terengganu (164), Pahang (162), Perak (161), Kuala Lumpur (135), Melaka (130), Negeri Sembilan (114), Sabah (108), Sarawak (24), Putrajaya (18), Perlis (11), Labuan (6).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here