Covid-19 kes baru 3,573

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 3,573 kes baru Covid-19 dikesan. Perkembangan itu menjadikan kes kumulatif pandemik tersebut kini berjumlah 2,758,086. Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lalu pula menurun sebanyak 6.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, berbeza dengan trend nasional, kemasukan hospital pesakit Covid-19 di Pahang serta Kelantan meningkat dengan masing-masing bertambah sebanyak 20.9 peratus dan 11.3 peratus. KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Untuk pecahan mengikut negeri bagi Dis 30 (semalam) daripada 3,997 kes baru itu dilaporkan, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi manakala Perlis paling rendah. Berikut adalah pecahan berkenaan: Selangor 965, Johor 433, Kelantan 425, Kedah 328, Pahang: 254, Terengganu: 243, Kuala Lumpur 241, Melaka 239, Sabah  226,Perak 209, Pulau Pinang 207, Negeri Sembilan 161, Putrajaya 25, Sarawak 24, Labuan 10, Perlis 7.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here