Covid-19 kes baru 2,641

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan terdapat 2,641 kes baru Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pandemik itu di negara ini meningkat kepada 2,788,860. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam tempoh 21 hari, iaitu sejak 20 Dis tahun lalu.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menurun sebanyak 1.8 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Sementara itu semalam KKM merekodkan 2,888 kes dan daripada jumlah itu pecahan mengikut negeri adalah seperti berikut: Selangor: 770, Johor: 326, Kuala Lumpur: 272, Kedah: 223, Sabah: 198, Kelantan: 195, Pulau Pinang: 186, Negeri Sembilan: 158, Pahang: 148, Melaka: 139, Perak: 121, Terengganu: 90, Sarawak: 22, Labuan: 18, Putrajaya: 14, Perlis: 8.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here