Covid-19: 4,046 kes hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan sebanyak 4,046 kes baru Covid-19 dikesan. Ia menjadikan jumlah kumulatif menjadi 2,824,973. Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini merupakan jumlah yang tertinggi dalam 34 hari – atau sejak 18 Dis tahun lalu.

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas pula menurun sebanyak 19.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya. KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Jan 20) apabila 3,764 kes baru dilaporkan adalah seperti berikut: Selangor 894, Kuala Lumpur 476, Johor 414, Kelantan 360,  Kedah  275, Sabah 256, Pahang 244, Pulau Pinang 225, Negeri Sembilan 218, Melaka 167, Perak 124, Terengganu 65, Putrajaya 20, Sarawak 14, Perlis 11, Labuan 1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here