Malaysia hantar 20 tan barang keperluan untuk rakyat Palestin

Malaysia hantar 20 tan barang keperluan untuk rakyat Palestin

Kuala Lumpur, Okt 27.
Malaysia akan mula menghantar bekalan barangan dan kelengkapan hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk keperluan penduduk di Semenanjung Gaza bermula minggu depan.

Sekretariat Ops Ihsan yang ditubuh bagi menggabung kekuatan 45 badan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan dan dipimpin Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, penghantaran pertama bantuan ini akan membabitkan 20 tan barangan.

“Penghantaran pertama sumbangan rakyat Malaysia berbentuk ubatan dan barangan keperluan sebanyak 20 tan dengan pesawat kargo melalui Pengakalan Udara Subang dijangka pada 3 November 2023 selepas segala perancangan telah dimuktamadkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here