PRN Johor, 2.576 juta orang layak mengundi

Johor bharu: Seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), daripada jumlah keseluruhan itu, 22,536 orang adalah pengundi awal membabitkan 10,958 anggota tentera dan pasangan, manakala 11,578 orang adalah anggota polis dan pasangan mereka. Berdasarkan data diwartakan SPR pada 17 Januari lalu, jumlah pengundi tidak hadir luar negara adalah 376 orang di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengundi boleh membuat semakan awal melalui portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my., aplikasi MySPR Semak dan Hotline SPR menerusi talian 03-88927018. Jumlah pengundi di Johor mencatat peningkatan kira-kira 28 peratus dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18. SPR dijangka mengumumkan tarikh PRN Johor selepas mengadakan mesyuarat khas pada 9 Februari ini.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here