Tak bayar sewa, mengamuk pula

Ampang Jaya: Berang tidak dapat masuk ke bilik sewa selepas kunci mangga ditukar kerana tidak membayar sewa bulanan RM600, seorang lelaki mengamuk dan menumbuk muka pengutip sewa di Jalan Pandan Indah, di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun tindakan suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebuah bank berusia 37 tahun mengundang padah apabila dia ditahan polis, Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa berusia 26 tahun menerima panggilan daripada kerani memaklumkan suspek datang ke pejabat dalam keadaan marah.

Menurutnya, mangsa kemudian datang dan ingin berbincang tetapi suspek terus memarahi serta menumbuk mukanya. Mangsa mengalami kecederaan di pipi kiri dan luka di bawah mata serta bengkak jari. Dia kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Ampang. Punca kejadian kerana mangsa menukar kunci mangga bilik sewa suspek disebabkan tidak membayar sewa bulanan bilik sebanyak RM600,katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, susulan itu pada jam 9.45 pagi keesokan harinya, sepasukan polis menahan suspek di Pandan Indah. Suspek negatif dadah dan tiada rekod jenayah. Dia direman tiga hari sehingga esok. Suspek akan dituduh di Mahkamah Ampang esok mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Kanun Keseksaan, katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here