Pekerja maut tersepit lif, majikan berdepan tindakan

Georgetown, Dis 30.
Syarikat penyelenggaraan lif di sebuah pusat beli-belah di Jalan Burma di sini, boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya kes pekerja yang maut tersepit lif Selasa lalu ada unsur pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Hairozie Asri, berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan notis pemberhentian serta merta ke atas kerja penyelenggaraan lif terbabit sudah dikeluarkan sehingga siasatan selesai dijalankan.

Majikan juga sudah diarah menjalankan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan selain membuat pembentangan kes kepada JKKP Pulau Pinang, katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut Hairozie berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan serta merakam percakapan terhadap saksi yang dikenal pasti dan pemeriksaan lanjut ke atas sistem lif terbabit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here