COVID-19: 78 kematian baharu direkod

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 78 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.

Angka korban terbaharu semalam itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak berkenaan kini 32,827 orang, daripada 3.45 juta kepada positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, daripada kematian3 yang berlaku di hospital luar atau ‘bught-in-dead’ (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah besar kes tertunggak dengan ada antara kes kematian dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 293,651 kes aktif COVID-19 di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 282,283 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,452 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sebanyak 7,542 pesakit dirawat di hospital dan 374 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 151 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 213 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here