Kluster Pendidikan: Khairy minta KPM, kementerian terlibat ketatkan SOP di sekolah asrama

Serdang, Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian lain yang terlibat dalam mengendalikan asrama diminta memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan jumlah kluster pendidikan terus meningkat. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal mungkin agak sukar dilaksanakan di sekolah asrama namun peringatan perlu terus disampaikan kepada pelajar.

Begitupun, menurut Khairy, kesan COVID-19 kepada pelajar dalam Kluster Pendidikan tidaklah begitu teruk kerana kebanyakan kes hanya dalam Kategori 1 dan 2. Bagi sekolah harian pula, ibu bapa yang ada anak bergejala, buat ujian saringan kendiri. Kalau tak sempat buat ujian kendiri, tolong jangan hantar anak ke sekolah sehingga melakukan ujian. Strategi Pengujian COVID-19 Kebangsaan jelas tunjukkan bahawa kalau anak anda ada gejala seperti batuk, demam, hilang deria, buat ujian kendiri atau kalau tiada kit ujian, jangan bawa mereka ke sekolah.

Ini akan banyak bantu kurangkan kes jangkitan di sekolah. Sekarang ini ada kanak-kanak yang pergi sekolah tapi positif. Akibatnya, akan menjangkiti rakan sekelas dan tutup satu kelas, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media harian KKM di Hospital Serdang pada Khamis selepas menghadiri Majlis Pelancaran Hari Pendengaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022 di hospital tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here