Runtuhan batu kuari: Syarikat terlibat ada lesen operasi

IPOH: Kesemua empat mangsa yang terlibat dalam kejadian bukit batu kapur runtuh di kawasan kuari di Keramat Pulai, Simpang Pulai, Ipoh pada pagi Selasa, telah dikenal pasti. Dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri ialah Pan Bah Tam, 38, yang mengalami kecederaan ringan dan Mohd Razli Suhaimi, 35, mengalami cedera parah patah kaki.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, dua yang masih hilang pula ialah Kheow Loo Siew Soon, 49 dan Itam Bah Lasoh, 43. Beliau turut mengesahkan syarikat terlibat mempunyai lesen untuk menjalankan kerja-kerja kuari. Untuk makluman pada hari ini, tiada proses letupan dibuat, semalam ada proses letupan dan syarikat ini memang syarikat yang telah diberi lesen untuk menjalankan kerja kuari dan lesen mereka sah.

Hari ini, semasa kerja dibuat tiba-tiba tanah runtuh, tiba-tiba tanah runtuh, macam-macam faktor. Faktor kawasan persekitaran kawasan ini sememangnya kawasan kuari. Ada banyak kuari-kuari lain lagi. Jadi, kita sedang buat kajian apakah punca sebenarnya tapi memang kejadian tu berlaku lebih kurang 9.15 pagi tadi, kata Mior.

Sementara itu, isteri mangsa, Itam Bah Lasoh, Wak Uda Bah Kim berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang kenalan yang bekerja di tempat yang sama.Saya tergesa-gesa sangat, waktu (jam) tidak sempat saya tengok, apa pun tak tengok, saya terus ke sini dengan saya, adik saya, untuk melihat keadaan macam mana, macam mana kemalangan itu terjadi, kata Itam.

Harapan saya kalau boleh diberkati Tuhan, panjang umur, selamat di atas itu walaupun dia tertimbus. Memang nak sangat dia selamat, katanya, ketika ditemui Astro AWANI, di lokasi insiden, di sini, pada Selasa. Dalam insiden pagi Selasa itu, dua orang dilaporkan terselamat manakala dua lagi masih hilang apabila bukit batu kapur di sebuah kawasan kuari berkenaan. Berdasarkan maklumat, terdapat empat mangsa, dua dapat menyelamatkan diri manakala dua yang lain masih tertimbus di bawah runtuhan batu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here