Jurugambar theSun, The Star selamatkan wanita cuba bunuh diri di Jambatan P.Pinang

Dua jurugambar akhbar dari theSun dan The Star berjaya menyelamat seorang wanita yang cuba terjun ke laut di Jambatan Pulau Pinang, tengahari ini. Dalam kejadian jam 12.30 tenghari itu, kedua-kedua jurugambar yang dari arah Butterworth menuju ke Pulau Pinang, terlihat seorang wanita berusia 30an sedang memanjat tembok di hentian kecemasan di kilometer 3.4.

Susulan itu, jurugambar theSun, Masry Che Ani, 48, bertindak pantas dengan menarik wanita itu dan dibantu jurugambar The Star, Ahmad Zhafaran Nasib, 38, bagi menghalang wanita tersebut terjun ke laut. Selepas berjaya menyelamat wanita tersebut, Ahmad Zhafaran cuba memujuk dan menenangkan wanita berkenaan sementara menunggu ketibaan anggota polis peronda dan pegawai PLUS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here