Kod Etika Wartawan tidak kekang

Putrajaya, Feb 20.
Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan hari ini, tidak akan mengekang kebebasan media negara ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan kod etika itu sebenarnya wujud sejak 1989 dan dilancarkan semula selepas pihaknya menambah baik perkara itu.

“Kod etika ini telah wujud sejak 1989. Kita hanya menambah baik. Memandangkan ada beberapa perkara sebagai contoh kalau kita teliti perkara kelapan (dalam kod etika).

“Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan antara lain sebab perkembangan teknologi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia di kementeriannya hari ini.

Penyediaan kod etika wartawan Malaysia itu membabitkan Fakulti Komunikasi Universiti Sains Malaysia serta Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kod etika itu diperkenalkan untuk mengemas kini etika kewartawanan Malaysia diterbitkan Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 yang menjadi rujukan kerajaan bagi pengurusan media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here