Pecah rekod sendiri

New York: Selepas dibaik pulih dan diubah suai, limosin yang berukuran 30.5 meter sekali lagi mendapat pengiktirafan Guinness World Record (GWR), sekali gus memecahkan rekodnya yang terdahulu. Ia kini mempunyai 26 roda, permaidani rumput hijau, kolam renang dan helipad serta boleh memuatkan kira-kira 75 orang di dalamnya.

Digelar American Dream, limosin keluaran tahun 1986 oleh penyesuai kereta Jay Ohrberg di California itu pada asalnya hanya berukuran 18.29 meter. Ohrberg kemudiannya mengubahsuainya sehingga berukuran 30.48 meter untuk merangkul rekod dunia dan kereta itu terus dipaparkan dalam beberapa filem sebelum disimpan di sebuah gudang di New Jersey.

Lama kelamaan kenderaan hebat itu menjadi usang sehingga Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Autoseum di New York, memutuskan untuk mengambil tugas besar membaik pulihnya. Saya menemui kereta itu di pameran autobody di New Jersey dan ia adalah ‘sampah’. Ia dipenuhi grafiti, tingkap pecah, tayar pancit, tetapi saya tetap jatuh cinta dengannya.

Manning datang dengan kereta itu ke Florida untuk membantu Dezer membaik pulih kenderaan berkenaan dan pasangan itu berusaha menambah baik dengan pelbagai ciri baharu. Dalam perjalanan turun, hud kereta hilang dan tidak ditemui lagi, nasib baik ada kereta penyumbang jadi kami mengambil salah satunya.

Kami memotongnya dan menggantikan enjin dan tayar manakala helipad dipasang semula… begitu juga kolam,” katanya. Selepas lebih dua tahun dibaik pulih, American Dream yang dibaik pulih siap dan akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park. Ia tidak boleh meletakkannya di atas jalan kerana ia terlalu panjang. Kenderaan itu direka untuk dipamer, kata Manning.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here