Anggota IPD Sepang maut kemalangan

Seorang anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Baru Dengkil-Kota Warisan, dekat Sepang semalam. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 malam ketika anggota berkenaan, Mohd Hazziq Bohari 35 memandu dari arah Kota Warisan.

Beliau berkata, kereta mangsa dikatakan terlanggar bahagian kanan sebuah lori rosak yang diparkir di tepi jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan sebelum dilanggar sebuah motosikal dari arah belakang yang tidak sempat mengelak. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans dan dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, “katanya.

Kamarul Azran berkata, penunggang motosikal berusia 35 dari Kampung Baru Lanjut, Salak turut mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here