Kuala Lumpur, Okt 9.
Kerajaan bersetuju meneruskan kembali Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini memberhentikannya pada 2018.
Dengan kaedah latihan berbeza, Menteri Pertahanan Mohamad Hasan, berkata lebih 20,000 belia akan menjalani latihan di 13 kem tentera sedia ada selama 45 hari.
“Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN, tetapi dengan ‘template’ baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.
“Kita mahu supaya kali ini kerajaan tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberi pulangan baik kepada modal insan,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.




















