Kuala Pilah, Seorang penjual kuih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Disember tahun lalu. Tertuduh Muhamad Saimee Md Said, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di tapak pembinaan di Rembang Panas, Kuala Pilah pada jam 3.51 petang, 4 Disember tahun lalu. Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan untuk tidak mendekati mangsa dan saksi. Mahkamah juga menetapkan 23 Mei ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.