Cuaca panas bawa risiko strok haba

Kuala Lumpur, Mac.
Orang ramai termasuk pelajar sekolah yang akan memulakan sesi persekolahan minggu hadapan dinasihatkan mengurangkan pendedahan kepada cuaca panas dalam tempoh lama bagi mengelak risiko diserang strok haba.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) juga menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti di luar berikutan cuaca panas ketika ini.

“Jika perlu berada di luar, mereka dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai supaya tidak terdedah dengan cuaca yang panas ketika ini,” katanya di sini, hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, golongan warga emas dan kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit kronik adalah golongan yang berisiko jika terdedah berterusan kepada matahari terutama pada waktu tengahari dan petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here