2 rakan didakwa bunuh gelandangan

Melaka: Dua individu yang juga rakan karib dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang gelandangan bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Aliff Daniel Wong Abdullah dan Joel V Michael Louis, kedua-duanya berusia 20 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati bagi kes itu, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan mereka didakwa bersama-sama membunuh Mohd Eddie Hafiez Yusof, 42, di hadapan kedai di Jalan persisiran Bunga Raya pada 15 Mac lalu antara jam 1 hingga 3.45 pagi.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan mengendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri manakala Peguam Andrew Lourdes dan Amritpal Singh mewakili Muhammad Aliff dan Joel, masing-masing.

Peguam turut memohon tarikh sebutan singkat dan merayu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi segera dengan alasan pihak polis tidak membenarkan mereka berjumpa dengan tertuduh sejak direman.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 April ini untuk sebutan bagi perkhidmatan laporan bedah siasat.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang lelaki gelandangan ditemui cedera parah selepas dipercayai dipukul di hadapan sebuah bangunan kedai di Jalan Pesisiran Bunga Raya di sini, awal pagi, 15 Mac lalu.

Mangsa ditemui orang awam berlumuran darah di kaki lima bangunan itu pada 7.20 pagi. Mangsa mencatat koma tiga hari dan meninggal dunia pada 18 Mac lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here